Cari @ Amanz

Selepas melepaskan Opera 10 Beta beberapa hari sebelum ini, kini Opera menyediakan suatu halaman khas pada webnya, yang mengatakan bahawa mereka bakal membina kembali Web. Walaubagaimanapun, bagaimana dan apa yang bakal dilakukan mereka masih menjadi tanda tanya, dan bakal diketahui pada 16 Jun kelak.

Opera Freedom

Tiada sebarang maklumat lanjut dipaparkan pada halaman tersebut, sekaligus menjadikannya tanda tanya apa yang bakal dilakukan oleh para pembangun Opera untuk membina kembali web. Sebelum ini, melalui Twitter, salah seorang pembangun Opera telah mengatakan mereka telah berjaya memasukkan internet ke dalam thumbdrive, membolehkan anda berhubung dimana-mana sahaja.

Sebelum ini, Opera telah memperkenalkan Opera 10 Beta yang mana mengintegrasikan fungsi Opera Turbo, sekaligus membolehkan para pengguna melayari laman web dengan kelajuan yang tinggi walaupun menggunakan sambungan rangkaian yang lembap. Ianya tidak mungkin sama sekali untuk Opera memperkenalkan versi penuh pelayar web mereka, memandangkan perbezaan masa yang amat singkat, dan mungkin tidak kesemua masalah telah dikenal-pasti atau diatasi.

Halaman pada laman Opera di namakan sebagai “Freedom” atau kebebasan. Mungkin ianya ada kena mengena dengan membolehkan para pengguna berhubung walau dimana jua, seperti yang ditweet oleh salah seorang pembangun, dan mungkin juga tidak. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Opera pada hari Selasa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd