Seperti yang dijanjikan sebelum ini, anda sudah boleh mendapatkan URL khas untuk akaun Facebook anda mulai tengahhari tadi. Semua akaun lama dan halaman peminat yang mempunyai lebih daripada 1000 peminat sudah boleh mendapatkan URL khas mereka, dan yang lain perlu menunggu buat sementara waktu, sebelum ianya diaktifkan buat anda.
Pilihan URL Pengguna Facebook
Facebook adalah laman sosial terpopular yang amat lambat sekali memperkenalkan fungsi URL menggunakan nama pengguna ini. Sebelum ini, MySpace, Friendster, malah Twitter juga sudah lama memperkenalkan fungsi tersebut.
Anda hanya boleh mendaftarkan URL pengguna anda yang mana mengandungi angka, abjad ataupun noktah sahaja. Penggunaan sengkang dan “undescore” tidak disokong sama sekali pada URL Facebook. Selain itu, anda juga tidak akan dibenarkan menukar URL anda setelah ianya diaktifkan untuk anda. Jadi, berhati-hatilah ketika membuat pilihan URL pengguna anda untuk Facebook.