Cari @ Amanz

Celcom dan HTC Corporation telah mengumumkan yang mana dengan kerjasama mereka, Celcom bakal membawa masuk HTC Magic, telefon bimbit pintar kedua didunia yang berasaskan sistem operasi Google Android akan dibawa masuk ke Malaysia, dan boleh dibeli mulai daripada 15 Jun 2009. Ini sekaligus menjadikan HTC Magic sebagai telefon bimbit pertama berasaskan Android di Malaysia.

HTC Magic Android
HTC Magic Android Yang Bakal Di Bawa Masuk Oleh Celcom

HTC Magic membawakan skrin seluas 3.2″ dengan keupayaan skrin sentuh, kamera 3.2 megapixel, papan kekunci QWERTY pada skrin, sokongan zoom in dan out ketika melayari laman web, dan sokongan putaran skrin secara automatik untuk pelayaran web yang lebih menarik dan mudah. HTC Magic yang dijangka bakal berada di pasaran Malaysia mulai 15 Jun ini di cawangan Blue Cube, akan mula dijual pada harga RM 2699 RM1999 yang mana memberikan HTC Magic dan juga kad memori mikroSD sebesar 8GB.

Sebelum ini, Maxis membawa masuk iPhone 3G ke dalam Malaysia, dan kini Celcom pula membawa masuk telefon bimbit berasaskan Android yang dinanti-nantikan oleh para pengguna tempatan. Selain itu, Maxis dan Celcom juga turut sama menawarkan Blackberry Storm kepada para penggunanya.

Kredit dan Tips : Odin

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd