Pra-Lihat Fungsi About:Me Pada Firefox.Next (FF 3.6)

Pra-Lihat Fungsi About:Me Pada Firefox.Next (FF 3.6)

Diterbitkan pada June 15, 2009 oleh .

Walaupun Firefox 3.5 masih lagi belum mencapai versi akhir yang stabil, pihak Mozilla sudah pun merancang dan mula membangunkan beberapa fungsi baru untuk Firefox versi seterusnya, Firefox 3.6 yang mana dirujuk sebagai Firefox.NEXT buat masa ini. Salah satu fungsi barunya – about:me membolehkan anda melihat kelakuan pelayaran web anda, termasuk web yang sering dikunjungi,serta web yang dikunjungi pada sesuatu waktu dan masa.

about:me
Contoh Fungsi about:me Pada Firefox.Next Kelak

Menariknya, anda boleh merasai fungsi baru ini dengan memasang add-on khas untuk Firefox yang mana memperlihatkan beberapa fakta yang menarik berkenaan dengan pelayaran web anda.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelayaran sesuatu laman web itu dengan klik pada grafnya. Untuk mencubanya, anda hanya perlu memasang add-on about:me, dan seterusnya menaip about:me pada ruangan alamat di pelayar web Firefox anda, dan klik pada “Go”. Fungsi ini bakal diintegrasikan ke dalam Firefox versi seterusnya tanpa keperluan untuk memasang sebarang add-on, sekaligus memudahkan anda memantu dan melihat cara dan apa yang anda layari ketika dalam talian.

Kredit : MozillaLinks


TIPS & ULASAN