Cari @ Amanz

Sudahkah anda mengemaskini Windows 7 Beta anda kepada Windows 7 RC? Fasa pertama pengakhiran Windows 7 Beta akan bermula dalam beberapa minggu sahaja lagi, iaitu mulai 1 Julai 2009. Komputer yang menggunakan Windows 7 Beta telah disetkan untuk mula restart setiap 2 jam mulai 1 Julai ini.

Secara rasminya, Windows 7 Beta akan tamat tempoh pada 1 Ogos 2009, dan para pengguna diingatkan untuk mengemaskini pemasangan mereka kepada versi RC. Sama seperti Windows 7 Beta, Windows 7 RC juga diberikan secara percuma oleh Microsoft untuk diuji oleh para pengguna terlebih dahulu sebelum membeli sistem operasi Windows 7 lengkap mulai hujung Oktober ini.

Microsoft mula memberikan Windows 7 Beta secara percuma kepada para pengguna pada awal bulan Januari 2009, dan pada bulan Mei 2009, Microsoft mula memberikan Windows 7 RC pula secara percuma untuk diuji oleh para pengguna. Windows 7 RTM dijangka akan dilepaskan pada pertengahan bulan Julai, selain versi penuh Windows 7 bakal menemui para pengguna pada 22 Oktober 2009.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd