FeedMalaya – 2 Fungsi Baru, dan Halaman Pengguna

FeedMalaya – 2 Fungsi Baru, dan Halaman Pengguna

Diterbitkan pada June 16, 2009 oleh .

Selepas memperkenalkan FeedMalaya tidak lama sebelum ini, pihak pembangunnya mula memperkenalkan fungsi baru satu demi satu untuk kemudahan para penggunanya. Terkini, FeedMalaya memperkenalkan fungsi untuk berkongsi pautan di beberapa laman sosial terkemuka, selain membolehkan menyembunyikan blog yang tidak diminati mereka.

Melalui fungsi berkongsi pautan, anda kini sudah boleh berkongsi pautan di FeedMalaya dengan rakan-rakan di laman sosial lain. Buat masa ini, mereka menyokong enam laman sosial terkemuka, iaitu del.icio.us, Facebook, StumbleUpon, Digg, Google dan juga Twitter. Walaubagaimanapun, dalam masa akan datang, lebih banyak laman sosial dan perkongsian akan ditambah.

FeedMalaya
Pilihan Perkongsian Artikel Di Laman Pihak Ketiga

Selain itu, FeedMalaya juga membawakan fungsi untuk menyembunyikan blog-blog yang tidak menarik minat anda. FeedMalaya kini sudah mula menerima dan membolehkan lebih banyak laman-laman berinformasi memperlihatkan kandungannya di FeedMalaya. Ini sekaligus mungkin akan kurang menyenangkan para pengguna yang tidak ingin mengikuti beberapa blog yang kurang menarik minat mereka. Dengan fungsi ini, anda boleh menyembunyikan blog tersebut daripada kelihatan pada anda. Anda juga boleh melihat senarai laman web yang disembunyikan anda pada halaman khas yang disediakan pada FeedMalaya.

FeedMalaya
Fungsi Menyembunyikan Laman di FeedMalaya

Satu lagi perkara baru yang kelihatan pada FeedMalaya adalah halaman khas untuk pengguna. Oleh kerana FeedMalaya menggunakan akaun Facebook untuk pendaftaran ahli di FeedMalaya, halaman penggunanya juga menggunakan pautan dengan ID Facebook. Di halaman khas untuk pengguna, anda boleh melihat senarai artikel yang anda tandakan sebagai suka, dan juga senarai web yang disembunyikan oleh anda. Mungkin dalam masa terdekat ini, lebih banyak fungsi akan diperkenalkan dari masa ke semasa.


TIPS & ULASAN