Nokia, pembuat telefon bimbit terbesar didunia, hari ini telah memperkenalkan telefon bimbit terbaru dalam siri-E-nya, iaitu Nokia E72, yang mana membawakan papan kekunci QWERTY, kebolehan untuk menghantar emel dan berhubung melalui IM dan pelbagai perkara baru lain. Nokia E72 juga membawakan kamera terbina 5 megapixel.
Nokia E72 adalah penambah-baikkan daripada E71 yang sudah lama terdapat dipasaran, selain membawakan fungsi dan kepenggunaan yang lebih kurang serupa dengannya. Nokia E72 membolehkan para pengguna menetapkan akaun IM mereka melalui Nokia Messaging yang didatangkan dalam telefon bimbit tersebut, yang mana melaluinya, anda boleh menetapkan akaun IM anda, samaada GTalk, Yahoo! Messenger, Windows Live Hotmail, atau apa jua akaun IM yang disokong.
Nokia E72 juga membawakan persekitaran seperti desktop untuk anda menghantar emel dan membacanya dengan lebih mudah dan selesa. Nokia E72 juga membawakan aplikasi QuickOffice versi terkini yang mana kini menyokong fail-fail Microsoft Office 2007. Nokia E72 yang membawakan papan kekunci QWERTY ini dijangka akan mula berada di pasaran pada akhir suku tahun ketiga tahun ini, dan harga pasaran tempatan masih belum diketahui lagi.