Ingat lagi dengan pengumuman Opera yang mana mengatakan mereka bakal merevolusikan web tempoh hari? Seperti dijanjikan, hari ini, Opera memperkenalkan Opera Unite, yang mana melaluinya anda boleh mengubah pelayar web Opera anda menjadi sebuah server dengan mudah sekali.
Melalui Opera Unite, anda boleh berkongsi fail, imej, media, malah bersembang dengan rakan anda dengan mudah sekali. Berbeza dengan servis perkongsian sedia ada di web, melalui Opera Unite, anda tidak perlu membazir masa dengan memuat-naik fail anda, sebaliknya anda boleh mengubah komputer anda menjadi pelayan web, dimana rakan anda boleh memuat-turun terus dari komputer anda dengan mudah.
Fungsi Chatting Melalui Opera Unite
Menariknya adalah anda boleh berkongsi fail dengan rakan-rakan anda tidak kira mereka menggunakan pelayar web apa pun. Malah pelayar web mudah alih juga turut disokong oleh Opera Unite. Untuk mula menggunakan Opera Unite, anda boleh memuat-turun versi alpha-nya dan mencubanya terlebih dahulu. Tutorial ringkas turut disediakan oleh pihak Opera.