Carian
Blogtitude Kembali Tanpa Sebarang Perubahan
June 17, 2009 Aman

Setelah sekian lama memaparkan mesej akan kembali semula, kini anda boleh melayari Blogtitude dan mengikuti perkembangan blog-blog menarik ditanah air. Tetapi, amat mendukacitakan kerana tiada sebarang perubahan nyata padanya setelah sekian lama memaparkan mesej akan kembali beroperasi.

Selain daripada itu, Blogtitude juga memaparkan mesej yang mana mereka terpaksa mengabaikan pembangunan laman tersebut kerana terpaksa memberikan perhatian untuk perkara yang lebih penting lagi. Walaubagaimanapun, laman tersebut boleh diakses untuk dua tahun yang akan datang. Sebelum ini, Blogtitude menjanjikan akan mengintegrasikan Facebook Connect, membolehkan para pengguna melihat artikel mengikut kategori, dan akan memperkenalkan rekabentuk yang serba baru dan mesra pengguna. Tetapi, semua itu tidak sempat diintegrasikan ke dalam Blogtitude lagi.

Sebagai alternatif untuk Blogtitude, mungkin anda berminat dengan FeedMalaya yang mana mengintegrasikan akaun Facebook dengan Aggregator melalui Facebook Connect. Selain itu, FeedMalaya juga membolehkan para pengguna berkongsi pautan yang terdapat padanya di laman sosial yang lain, selain membolehkan para pengguna menyembunyikan artikel dari laman-laman yang tidak diminati mereka.

Komen