Facebook Mencuba Fungsi Carian Masa Nyata

Facebook Mencuba Fungsi Carian Masa Nyata

Diterbitkan pada June 17, 2009 oleh .

Twitter boleh dikatakan memberi serba sedikit kesan kepada pembangunan laman sosial Facebook. Setelah Facebook memperkenalkan rekabentuk baru yang lebih kurang menyerupai Twitter, dan memperkenalkan URL khas untuk pengguna, kini mereka sedang mencuba fungsi carian masa nyata pada Facebook.

Twitter boleh dikatakan amat berjaya dalam fungsi carian masa nyatanya. Kini, dengan situasi pilihan raya di Iran, Twitter telah menjadi penyumbang berita utama kepada semua orang di luar Iran. Dan dengan pengintegrasian fungsi carian masa nyata di Facebook, ianya mungkin akan lebih menarik berbanding Twitter.

Facebook - Carian Nyata
Contoh Carian Masa Nyata Di Facebook

Ini kerana, melalui Facebook, ramai yang berkongsi gambar, imej, pautan ke web selain hanya kemaskini status seperti di Twitter. Buat masa ini, ianya masih dalam peringkat beta lagi, dan hanya segelintir pengguna sahaja yang dapat melihat dan menggunakan fungsi carian masa nyata ini. Walaubagaimanapun, fungsi ini bakal diintegrasikan kepada kesemua pengguna dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN