Pembangunan Windows 7 kini mula berevolusi dengan amat pantas sekali, dimana versi pembangunan baru dikeluarkan hampir tiga hari sekali. Versi pembangunan terkini ialah Windows 7 Build 7262. Selepas Windows 7 RC yang dikeluarkan awal Mei lalu, kini pembangunan ditumpukan untuk versi RTM, sebelum versi penuh dikeluarkan pada 22 Oktober kelak.
Wallpaper Desktop Yang Baru Pada Windows 7
Laman Wzor mengatakan bahawa Build 7262 (.1.7262.0.win7_rtm.090617 -1900) berkemungkinan besar adalah Windows 7 RTM (Release-To-Manufacturer). Walaubagaimanapun, tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Microsoft buat masa ini. Melalui data yang dapat dilihat daripada Build 7262, ia menunjukkan bahawa versi tersebut telah dihimpunkan pada 17 Jun 2009, tiga hari sebelum ini. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang perubahan drastik atau fungsi baru yang diperkenalkan pada versi ini, selain daripada wallpaper desktop yang serba baru.