Microsoft kini benar-benar memberikan perhatian serius dalam pembangunan enjin carian terbarunya, Bing.com. Terkini, mereka telah mula mengintegrasikan enjin carian Bing ke dalam laman portal MSN. MSN sahaja kini membawakan lebih kurang separuh carian yang dilakukan pada enjin carian Bing.com.
Enjin Carian Bing Di MSN
Bing kini kelihatan membangun dengan amat pesat sekali, malah ramai yang kini berubah dari menggunakan Google dan Yahoo!, kepada enjin carian Bing.com. Dalam dua minggu pertama pelancarannya ini, ia kelihatan membangun dengan amat pesat sekali, dan kini bersaing dengan sihat bersama Yahoo! sebagai enjin carian kedua terbesar di internet. Walaubagaimanapun, bagi saya, ianya masih memaparkan hasil carian yang kurang relevan bagi carian yang dilakukan dalam bahasa selain daripada bahasa Malaysia.