Cari @ Amanz

Mungkin sudah banyak aplikasi Twitter yang berasaskan web yang terdapat di luar sana. Namun begitu, terkini, JomTwit yang dibangunkan oleh rakyat tempatan akan dilancarkan tidak lama lagi, yang mana membolehkan para pengguna mengikuti perkembangan pengguna Twitter (Twitple) dengan mudah.

JomTwit - Launching Soon
Mesej yang dipaparkan pada laman JomTwit

Malah, menariknya lagi, fungsi kategori juga bakal diintegrasikan kedalam JomTwit untuk memudahkan para pengguna mengikuti perkembangan dan meneroka tulisan di Twitter dengan lebih mudah lagi. Namun begitu, masih tidak diketahui tarikh pelancaran rasmi laman JomTwit ini. Domain JomTwit.com telah didaftarkan pada 15 Jun, dan dua hari lepas, @Iwani telah bertweet mengatakan laman JomTwit bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd