Eksklusif : Pandang Pertama Laman JomTwit

Eksklusif : Pandang Pertama Laman JomTwit

Diterbitkan pada June 23, 2009 oleh .

Semalam kami ada menulis berkenaan dengan JomTwit yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Hari ini, kami berjaya melihat laman tersebut yang masih dalam pembangunan dan bakal dilancarkan secara rasminya pada 29 Jun ini kelak. Secara ringkasnya, JomTwit membolehkan anda melihat pengguna Twitter mengikut kategori.

Mungkin ramai yang sudah sedar akan kegunaan Twitter pada masa kini. Malah ianya sudah menjadi medium perkongsian berita, selain kini banyak digunakan sebagai ganti kepada pembaca RSS. Banyak blog juga kini menggunakan akaun Twitter khas untuk blog mereka, seperti @InfoMalaya, @LinuxMalaya, dan tidak ketinggalan, @amanzmy sendiri. Dan mungkin ramai yang di luar sana mengikuti lebih banyak lagi akaun-akaun Twitter sedemikian, dan agak rimas dengan kemaskini yang diperlihatkan pada dashboard Twitter anda.

JomTwit

Di sinilah datangnya kegunaan utama JomTwit, dimana anda boleh membahagikan dan menyusun semua akaun tersebut mengikut kategori. Malah, anda juga boleh menyusun akaun rakan-rakan anda mengikut kategori, seperti Rakan Kelas, Blogger dan sebagainya. Anda juga boleh menyusun para pengguna Twitter mengikut kategori, siapa anda ingin lihat, siapa anda tidak ingin lihat, siapa di atas, siapa di bawah dan banyak lagi.

JomTwit

Malah, JomTwit juga dalam perancangan di mana, para pengguna kelak boleh log masuk ke dalam laman JomTwit menggunakan akaun Twitter mereka, dan seterusnya membuat tetapan panel JomTwit mereka sendiri, dimana para pengguna boleh menambah dan membuang siapa yang ingin mereka ikuti, tambah kategori dan sebagainya. Selain itu, banyak perkara lain lagi yang bakal diintegrasikan dan fungsi-fungsi baru yang akan diperkenalkan dalam JomTwit satu persatu.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran JomTwit pada 29 Jun ini.


TIPS & ULASAN