Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan FeedMalaya pada awal bulan Jun 2009, kini FeedMalaya memperkenalkan rekabentuk serba baru untuk lamannya. Rekabentuk yang masih mengekalkan ciri-ciri kemas dan bersih, kini banyak mengguna-pakai warna biru sebagai warna utama dalam rekabentuknya.

FeedMalaya
Rekabentuk Baru FeedMalaya

Walaubagaimanapun, susun atur laman masih lagi sama seperti dahulu. Ikon-ikon yang digunakan kelihatan seperti diberikan nafas baru, selain bahagian footer kini menampakkan dengan lebih mudah lagi siapa pembangun disebalik FeedMalaya. Bersama-sama dengan rekabentuk baru, logo baru turut sama diperkenalkan.

Bagi yang masih tidak mengenali FeedMalaya, ianya merupakan salah satu blog aggregator yang diintegrasikan dengan Facebook Connect. Para pengguna boleh mengikuti sesuatu blog, atau menyembunyikan blog-blog yang kurang diminati dengan hanya satu klik sahaja. Selain itu, menariknya FeedMalaya adalah kerana ianya hanya menghimpunkan blog-blog tempatan yang berinformasi sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd