Ingat lagi projek Morro daripada Microsoft? Selepas memperlihatkan beberapa antaramuka sebelum ini, kini para pengguna sudah boleh memuat-turun aplikasi Microsoft Security Essentials versi beta secara percuma, yang mana dahulunya dikenali sebagai Morro. Ini adalah perisian ganti OneLive yang memberikan perlindungan kepada komputer anda daripada malware, virus dan sebagainya.
Antaramuka Security Essentials [via]
Untuk mula memuat-turunnya, anda hanya perlu log masuk ke dalam akaun Microsoft Connect anda. dan setersunya anda akan diberikan akses pantas untuk memuat-turun versi Beta aplikasi ini. Versi penuh Microsoft Security Essentials juga dijangka akan diedarkan secara percuma. Versi penuh dijangka akan menemui pengguna pada penghujung tahun ini.
Microsoft Security Essentials boleh digunakan pada sistem operasi Windows XP, Vista, dan juga Windows 7. Ianya menyediakan perlindungan asas kepada sesebuah komputer, selain melindungi sesebuah komputer daripada malware dan aplikasi yang kurang sihat kepada komputer.