Carian
Pelajari Tips Penggunaan GMail Seperti Seorang Ninja
June 24, 2009 Aman

GMail boleh dikatakan antara aplikasi pengurusan emel yang terbaik di luar sana. Selain menyediakan perkara-perkara asas untuk pengurusan emel, GMail juga mempunyai beberapa perkara dan fungsi tambahan yang mungkin terlepas pandang oleh ramai pengguna. Kini, Google memperkenalkan halaman tips GMail, supaya semua pengguna boleh menggunakan fungsi GMail secara sepenuhnya.

GMail Ninja
Tahap Penggunaan GMail Ninja

Di kenali sebagai GMail Ninja, tips-tips penggunaan GMail dibahagikan kepada empat tahap berbeza, iaitu White belt, Green belt, Black belt dan juga GMail Master. Seperti biasa, White belt menyediakan tips-tips asas, manakala GMail Master menyediakan tips-tips yang boleh digunakan oleh para pengguna GMail yang sudah biasakan diri mereka dengan tips-tips asas.

Menariknya, tips ini juga didatangkan dalam bentuk PDF yang mana anda boleh simpan atau cetak untuk membuat rujukan pada masa kelak. Jadi, apakah tahap penggunaan GMail Ninja anda?

Komen