Seperti yang sedia maklum, Windows 7 Beta yang dilepaskan pada awal tahun ini kini menghampiri tarikh tamat, dan anda dinasihatkan untuk menaik-taraf kepada Windows 7 RC secepat mungkin. Malah, mesej yang mengatakan Windows 7 Beta akan tamat juga sudah mula diperlihatkan pada taskbar.
Mesej Yang Mula Di Paparkan Pada Windows 7 Beta
Mulai 1 Julai kelak, Windows 7 Beta akan mula restart setiap dua jam, dan akan tamat tempoh secara rasminya pada 1 Ogos 2009. Selain itu, tarikh muat-turun Windows 7 RC pula adalah sehingga 15 Ogos, yang mana memberikan anda sedikit masa sekiranya anda ingin mula memuat-turun Windows 7 RC sekarang.
Walaupun anda masih boleh mengakses data-data anda selepas 1 Julai, namun begitu, ianya masih tidak diketahui sama ada ianya masih boleh diselamatkan selepas 1 Ogos ataupun tidak. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, anda dinasihatkan untuk membuat salinan fail anda dan simpan di tempat yang selamat sebelum Windows 7 Beta tamat tempoh.
Windows 7 kini melalui pembangunan yang amat pantas. Windows 7 versi penuh bakal dilepaskan secara rasmi pada 22 Oktober dan boleh didapati mulai 23 Oktober 2009.