Tetapkan Siapa Yang Melihat Kemaskini Facebook Anda

Tetapkan Siapa Yang Melihat Kemaskini Facebook Anda

Diterbitkan pada June 25, 2009 oleh .

Sejak Twitter diperkenalkan, ianya telah mengubah serba-sedikit keadaan pada Facebook, daripada rekabentuk sehinggalah yang terkini, cara para pengguna mengemaskini status mereka. Kini mereka boleh menetapkan siapakah yang dapat melihat kemaskini status mereka, samaada rakan-rakan mereka atau keseluruhan pengguna Facebook.

Facebook Status
Pilihan Ketika Anda Mengemaskini Status di Facebook [via]

Dengan pengenalan fungsi ini, ianya akan lebih menguntungkan enjin carian Facebook yang mana baru-baru ini memperkenalkan carian masa-nyata pada lamannya. Melaluinya, kini, setiap carian yang anda lakukan, anda boleh melihat segala kemaskini status yang ditetapkan sebagai boleh dilihat oleh semua orang, disamping kemaskini status daripada rakan-rakan anda.

Buat masa ini, hanya segelintir pengguna sahaja yang dapat menggunakan fungsi ini, dan ianya akan diperkenalkan kepada semua pengguna dalam masa terdekat. Sebelum ini, Facebook telah memperkenalkan carian masa nyata pada lamannya, selain memberikan URL pengguna khas untuk semua penggunanya.


TIPS & ULASAN