Cari @ Amanz

Sama seperti sistem operasi Windows yang baru, rekabentuk kotak dan produknya juga sama-sama mengalami evolusi. Hari ini, pihak pembangun Windows 7 secara rasminya memperlihatkan rekabentuk produk mereka yang mana bakal dilancarkan secara rasmi pada 22 Oktober, dan boleh dimiliki mulai 23 Oktober 2009 ini.

Rekabentuk Pakej Windows 7
Rekabentuk Pakej DVD Windows 7

Walaupun rekabentuk produk mereka masih menyerupai rekabentuk Windows Vista, ianya telah mengalami perubahan dari beberapa segi. Menurut Microsoft, kini, ianya lebih ringan, iaitu lebih 37% ringan berbanding Windows Vista, selain menggunakan plastk yang lebih mesra alam dan boleh dikitar semula dalam produknya.

DVD Windows 7
Pakej DVD Windows 7

Sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan Windows 7 bakal mengguna-pakai logo baru seperti yang diperlihatkan oleh Microsoft China. Tetapi kini ternyata ianya tidak.

Windows 7 bakal dilepaskan secara rasminya pada 22 Oktober 2009 yang mana membawakan perubahan drastik sejak Windows Vista. Bagi yang ingin mencuba terlebih dahulu bagaimana sistem operasi Windows yang seterusnya ini akan kelihatan, anda boleh memuat-turun dan mencuba Windows 7 RC secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd