Firefox 3.5 Bakal Di Lepaskan Pada 30 Jun

Firefox 3.5 Bakal Di Lepaskan Pada 30 Jun

Diterbitkan pada June 27, 2009 oleh .

Sekiranya tiada sebarang aral melintang, Mozilla akan melepaskan Firefox 3.5 kepada semua pengguna pada hari Selasa ini, iaitu 30 Jun. Sebelum ini, Mozilla telah melepaskan hampir 3 RC untuk Firefox 3.5, memastikan tiada sebarang masalah pada versi akhir pelayar web sumber terbuka yang kian meningkat popularitinya ini.

Mozilla Firefox 3.5 kelak akan membawakan pelbagai fungsi baru selain menggunakan enjin JavaScript TraceMonkey yang serba baru. Firefox 3.5 RC sudah mula menyokong HTML5, yang mana membolehkan anda memainkan video berformat OGG tanpa sebarang add-on tambahan, dan memberikan lebih kawalan ke atas video tersebut, berbanding format Flash yang diguna pakai sekarang. Malah YouTube sendiri sedang mencuba penggunaan HTML5 pada laman webnya.

Tahun ini sahaja memperlihatkan persaingan sihat diantara semua pembangun pelayar web, dimana Google telah memperkenalkan Google Chrome 2.0 kepada para pengguna, disamping, kini sedang giat membangunkan Google Chrome 3.0, Microsoft pula memperkenalkan Internet Explorer 8 yang mengubah segala persepsi pengguna terhadap pelayar web Internet Explorer yang sebelum ini, Opera pula sedang giat membangunkan Opera 10 yang bakal dilepaskan tidak lama lagi yang mana membawakan sokongan Opera Turbo dan juga Opera Unite, Apple pula melepaskan Safari 4.0 yang telah dimuat-turun lebih daripada 11 juta kali, dan Mozilla dengan Firefox 3.5.

Via : BetaNews


TIPS & ULASAN