Cari @ Amanz

Ingat tak lagi berkenaan dengan JomTwit yang diperkatakan tempoh hari? Hari ini, secara rasminya, JomTwit telah dilancarkan, namun ianya masih lagi dalam peringkat beta, dan masih terdapat beberapa fungsi yang masih belum diaktifkan lagi. JomTwit secara ringkasnya, membolehkan anda menyusun rakan-rakan Twitter anda mengikut kategori, sekaligus memudahkan anda mengikuti perkembangan mereka.

JomTwit
Antaramuka Laman JomTwit

Buat masa ini, laman JomTwit menyediakan beberapa kategori utama seperti Berita, Hiburan, Teknologi dan sebagainya. Namun, kelak, anda akan dapat membuat kategori anda sendiri, dan juga menambah sesiapa yang anda gemari di Twitter pada JomTwit ini, dan sekaligus memaksimakan penggunaanya. Fungsi-fungsi ini akan mula diintegrasikan dalam masa terdekat ini.

Bersama-sama dengan laman JomTwit, laman utama pembangunnya – Kureno.com juga sama-sama dilancarkan pada hari ini. Kureno kini dianggotai oleh 4 orang, iaitu Iwani, Nadiah, Eizil, dan juga Syakir. Selain JomTwit, beberapa aplikasi web lain yang dirancang untuk pembangunan adalah Roundtabl.es dan juga KurenoUP yang mana kedua-duanya telah tertangguh disebabkan beberapa perkara, dan mungkin akan menemui para pengguna tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd