Cari @ Amanz

Hari ini menandakan hari ulang tahun laman aMaNz. Laman aMaNz yang dimulakan pada pertengahan tahun 2005, menggunakan khidmat hosting BizHat, dan koding HTML biasa. Seterusnya melalui kenalan di WeBlogCentre, aMaNz beralih kepada domain .NET dan mula menggunakan WordPress untuk pengurusan kandungannya.

Hari ini, sudah cukup 4 tahun domain aMaNz.NET didaftarkan. Sebelum ini, pelbagai masalah yang dihadapi pada sistem hosting, menjadikan banyak database yang hilang begitu sahaja. Malah, artikel-artikel sebelum ini, lebih kepada gaya bersahaja dan menggunakan bahasa rojak dalam penulisannya. Mulai bulan Mei tahun lepas, laman aMaNz dialihkan kepada domain .MY yang mana lebih melambangkan laman dari Malaysia. Malah segala kandungannya kini mula menggunakan hampir 90% bahasa Malaysia. Para pengunjungnya juga semakin hari semakin bertambah, dan kini mempunyai kekuatan PageRank 5.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa masalah yang dihadapi dalam pembangunan laman aMaNz. Hanya enjin carian Google sahaja yang kini mengindex aMaNz.MY sebagai laman utama untuk carian aMaNz, tetapi Yahoo! dan Bing masing-masing agak sukar untuk ditembusi. Dan sekiranya aku diberi peluang untuk memulakan kembali blog aMaNz, satu perkara utama yang akan aku lakukan selalu adalah backup. Mungkin juga aku akan satukan blog LinuxMalaya bersama-sama dengan laman aMaNz, sekaligus membolehkan dunia sumber terbuka mendapat liputan yang lebih luas.

Kini, di blog aMaNz.mY (sejak dari tahun lepas), sudah terdapat lebih 625 artikel, 3,564 komen, 12 kategori, dan 1445 tag. Selain daripada laman aMaNz, LinuxMalaya.com juga berada pada rangkaian sama. Sempena ulang tahun ke-empat aMaNz, dua lagi blog baru. Satunya, berkenaan dengan dunia bola sepak (blogger pun kena relaks juga kan?), dan satu lagi, berkemungkinan berkenaan gajet semasa ataupun khas berkenaan dengan blog. Nantikan kemunculannya dalam masa terdekat ini.

Oh ya! Anda boleh mengikuti perkembangan semasa laman aMaNz dan LinuxMalaya melalui akaun Twitter masing-masing – @aMaNzmy dan @LinuxMalaya. Anda juga boleh mengikuti penulis di @AmanFirdaus atau di Facebook. Segala cadangan, komen, kritikan pedas dan sebagainya berkenaan laman dan hala tuju laman ini amat dinantikan. Terima kasih kepada semua pengunjung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd