Cari @ Amanz

Twitter hari ini memperkenalkan sedikit perubahan pada halaman “Following” dan “Followers“, yang mana kini ianya memudahkan para pengguna untuk menguruskan rakan-rakan Twitter mereka dengan mudah, selain memudahkan pengguna untuk menghantar DM atau membalas tweet mereka, secara terus dari halaman tersebut.

Twitter
Contoh Expanded View

Selain daripada itu, anda juga boleh melihat halaman tersebut dalam dua bentuk yang berlainan, iaitu dalam bentuk “List” ataupun dalam bentuk lebih detail yang dipanggil “Expanded”. Melalui bentuk “List”, anda hanya akan diperlihatkan dengan avatar, nama pengguna dan juga nama pengguna rakan anda, sebaliknya melalui bentuk “Expanded” anda boleh melihat tambahan maklumat seperti tweet terkini, dan juga tempat pengguna tersebut berasal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd