Cari @ Amanz

Mungkin ramai pembaca aMaNz yang kini sudah pun menggunakan Firefox 3.5 sebagai pelayar web rasmi mereka. Melalui halaman khas yang diperlihatkan oleh Mozilla, ianya memperlihatkan yang mana pengguna dari Malaysia sahaja sudah memuat-turun Firefox 3.5 sebanyak 10,274 kali, menjadikan muat-turun keseluruhan sebanyak lebih 2,764,805 (ketika artikel ditulis).

Mozilla Firefox 3.5
Halaman Data Muat-Turun Pelayar Web Firefox 3.5

Firefox 3.5 membawa pelbagai perkara baru, termasuk sokongan kepada HTML5, penggunaan enjin Gecko dan JavaScript terkini yang membolehkan laman web dilayari dengan lebih pantas, menyokong fungsi Private Browsing, dan membawakan aplikasi Firefox 3.5 dalam lebih 70 bahasa berlainan. Anda boleh memuat-turun pelayar web Firefox 3.5 secara percuma dari laman rasmi mereka.

Selain daripada itu, Mozilla juga sudah mula merancang dan membangunkan pelayar web versi seterusnya, yang mana buat masa ini diberi nama Firefox.NEXT dan menggunakan nama kod Namoroka. Ianya dirancang akan dilepaskan pada tahun hadapan, yang mana dijangka akan lebih memberi perhatian kepada aplikasi Desktop-Web, selain memperkenalkan fungsi baru seperti halaman about:me.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd