Carian
Proses Melabel Emel Di GMail Kini Lebih Mudah
July 6, 2009 Aman

Setelah memperkenalkan tips dan panduan penggunaan GMail tidak lama sebelum ini, hari ini, pihak pembangun GMail sekali lagi memperkenalkan beberapa fungsi baru untuk memudahkan anda melabel emel anda. Kini, label GMail anda diperlihatkan di sebelah kiri untuk memudahkan pengurusan label anda.

GMail Label
Kedudukan Label Pada Bahagian Kiri Emel

Selain itu, menariknya, GMail juga kini memperkenalkan fungsi drag and drop. Anda hanya perlu tarik mesej atau emel yang perlu dilabelkan, dan seterusnya meletakkannya diatas label yang bersesuaian. Seterusnya, emel tersebut akan dilabelkan secara automatik, tanpa perlu melalui sebarang proses yang susah dan mengambil masa seperti dulu lagi.

Dengan ini, Google membawakan kegunaan label ke suatu dimensi yang baru, sekaligus menggalakkan lagi penggunaan label dikalangan penggunanya. Perubahan baru ini dilakukan secara berperingkat, dan sekiranya anda tidak dapat melihatnya lagi, maka ianya mungkin mengambil sedikit masa.

Komen