Cari @ Amanz

Sejak Bing.com dilancarkan sebagai ganti kepada Windows Live Search, ianya mendapat perhatian ramai pengguna, dan ramai yang mula menyukai penggunaan enjin carian Bing sebagai ganti kepada Google. Terkini, Bing mula mengintegrasikan carian masa nyata daripada Twitter, sekaligus menjadikannya lebih interaktif berbanding enjin carian yang lain.

Twitter dan Bing
Pengintegrasian Twitter Ke Dalam Bing

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam fasa pembangunan dan bukan semua tweet yang telah diindex oleh Bing. Buat masa ini, beberapa tweet daripada orang ternama sahaja yang diindex oleh Bing. Buat masa ini, Microsoft masih belum membuat sebarang perjanjian dengan Twitter, dan mengintegrasikan hasil carian daripada Twitter melalui penggunaan API Twitter.

Ini, sekaligus menjadikan Bing sebagai enjin carian pertama yang mengintegrasikan carian masa nyata dari Twitter ke dalam hasil cariannya. Anda juga boleh memperlihatkan hasil carian daripada Twitter di Google dengan penggunaan addon khas Firefox.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd