Cari @ Amanz

Setelah lima tahun Google memperkenalkan aplikasi emel dalam talian, GMail, hari ini mereka telah pun membuang perkataan BETA daripada logo GMail. Ianya mengambil masa yang agak lama untuk Google bersedia keluar daripada beta, dan dalam ketika beta, pelbagai fungsi baru yang telah diperkenalkan.

GMail Beta

Bersama-sama dengan GMail, Google Calendar, Google Docs dan Google Talk turut sama keluar daripada beta. Secara ringkasnya, kesemua aplikasi web yang disediakan dalam Google Apps telah dikeluarkan daripada fasa beta. Menurut Google, langkah ini bertujuan kerana perkataan beta tidak bersesuaian dengan syarikat besar yang mana kelihatan seperti menggunakan aplikasi web yang masih lagi dalam peringkat pembangunan. Selain itu, jangka masa lima tahun adalah suatu jangka masa yang agak lama untuk berada dalam fasa beta.

Walaubagaimanapun, menariknya, sekiranya anda sudah jatuh hati kepada label beta pada logo aplikasi web Google, anda masih boleh melihatkannya kembali melalui fungsi tetapan di akaun anda. Menarik bukan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd