Mozilla : Direktori Aplikasi Web Terbuka

Mozilla : Direktori Aplikasi Web Terbuka

Diterbitkan pada July 8, 2009 oleh .

Mozilla hari ini memperkenalkan Open Web Tools Directory, yang mana mengumpulkan pelbagai aplikasi yang amat berguna untuk pembangun web pada masa kini. Langkah ini amat dinanti-nanti oleh para pembangun web, kerana sehingga kini masih tiada sebuah laman yang mengumpulkan ke semua aplikasi untuk membantu dan digunakan oleh pembangun web.

Open Web Tools Directory
Antaramuka Laman Open Web Tools Directory

Buat masa ini, hanya terdapat beberapa aplikasi yang telah dikumpulkan oleh pihak Mozilla sendiri dan disusun mengikut kategori seperti Code, Debug, Design, Deploy dan banyak lagi, selain menyediakan kotak carian untuk memudahkan proses pencarian sesuatu aplikasi untuk digunakan dalam pembangunan web. Selain itu, para pembangun juga dijemput untuk menghantarkan aplikasi mereka untuk disertakan bersama didalam Open Web Tools Directory. Ianya akan melalui proses tapisan yang mana akan dilakukan oleh pihak Mozilla sendiri, sebelum disenaraikan didalam direktori berkenaan.

Untuk melayari laman berkenaan, anda memerlukan pelayar web terkini seperti Firefox 3.5, Safari 4, Chrome 2 ataupun Opera 9. Sekiranya anda menggunakan pelayar web yang berlainan, anda boleh melayari laman berkenaan dalam bentuk HTML biasa.


TIPS & ULASAN