Rakan Kerjasama Untuk Chrome OS Di Umumkan

Rakan Kerjasama Untuk Chrome OS Di Umumkan

Diterbitkan pada July 9, 2009 oleh .

Selepas mengumumkan pembangunan sistem operasi Chrome OS semalam, hari ini Google mengumumkan rakan kerjasama dalam pembangunan netbook untuk Chrome OS. Buat masa ini, Google mengumumkan Acer, Asus, dan HP adalah antara yang terawal akan menggunakan sistem operasi Chrome OS dalam netbook mereka.

Chrome OS
Gambar Rekaan Chrome OS Oleh Peminat [via]

Chrome OS adalah sistem operasi berasaskna Linux dan sumber terbuka yang mana dibangunkan khas untuk netbook dan juga komputer dengan keupayaan rendah dengan akses ke internet. Ianya juga dijangka bakal diintegrasikan dengan aplikasi web milik Google seperti GMail, Google Docs dan sebagainya, sekaligus membawakan penggunaan cloud-computing ke satu tahap yang baru.

Buat masa ini, Acer, Asus dan HP merupakan antara pengeluar utama netbook di pasaran dunia. Dengan penggunaan sistem operasi Chrome OS yang bakal diedarkan secara percuma, ianya bakal menguntungkan lagi pihak pembangun, kerana mereka dapat lagi mengurangkan kos pengeluaran netbook mereka, berbanding penggunaan sistem operasi Microsoft.

Selain daripada Google Chrome OS, beberapa sistem operasi lain yang dibangunkan khas untuk netbook adalah JoliCloud dan Moblin.


TIPS & ULASAN