Cari @ Amanz

Setelah membawa masuk Apple iPhone 3G ke Malaysia sebelum ini, hari ini Maxis mengumumkan yang mana para pengguna boleh mendapatkan Apple iPhone 3GS pada penghujung bulan Julai ini. Walaubagaimanapun, tarikh sebenar dan harga iPhone 3GS masih belum diumumkan.

Apple iPhone 3GS
iPhone 3GS Terbaru Dari Apple

Selain daripada pengumuman Maxis bakal membawa masuk iPhone 3GS, tiada sebarang maklumat tambahan yang diperlihatkan pada laman web mereka. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa ura-ura mengatakan harganya kelak bakal mencecah RM3500. Ianya juga masih belum diketahui samaada pilihan untuk mengemaskini iPhone 3G kepada 3GS bakal diadakan atau pun tidak.

Apple telah memperkenalkan iPhone 3GS yang mana membawakan pelbagai ciri-ciri dan fungsi baru, termasuk membawakan kepantarsan membuka aplikasi dan laman web yang dipertingkatkan, mengguna-pakai tenaga bateri yang lebih rendah berbanding sebelumnya, dan membawakan kamera beresolusi sehingga 3 megapixel.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd