Silverlight 3.0 Boleh Di Muat-Turun Sekarang

Silverlight 3.0 Boleh Di Muat-Turun Sekarang

Diterbitkan pada July 11, 2009 oleh .

Silverlight yang dibangunkan oleh Microsoft sebagai pesaing terdekat Adobe Flash, kini melalui pembangunan yang amat laju sekali. Setelah memperkenalkan Silverlight 3.0 pada Mix09 tempoh hari, kini secara rasminya, para pengguna sudah boleh memuat-turun dan menggunakan Silverlight 3.0.

Silverlight Streaming
Streaming Lebih Mudah Dengan Silverlight [via]

Melalui Silverlight 3.0, anda kini boleh menonton video berdefinisi tinggi (HD) dengan pantas dan tanpa sebarang sekatan. Ia juga kini menyokong beberapa codec untuk video berdefinisi tinggi seperti H.264, AAC dan juga MPEG-4. Silverlight 3.0 juga membawakan sokongan sentuhan, yang mana bakal menjadi suatu teknologi utama pada masa kelak nanti.

Silverlight boleh didapati untuk platform Windows dan Mac, manakala dikenali sebagai Moonlight pada platform Linux.


TIPS & ULASAN