Salah satu permainan pengurusan bola sepak yang diminati ramai adalah FIFA Manager. Terkini, EA telah mengumumkan yang mana FIFA Manager 10 yang bakal dilepaskan tidak lama lagi bakal membawakan sokongan multiplayer, yang mana boleh dimainkan oleh lebih dari seorang melalui LAN atau internet.
Gambar Hiasan – Kini FIFA Manager Dengan Kebolehan Multiplayer
Ianya sudah sekian lama diminta oleh para pemain FIFA Manager untuk menyertakan kebolehan untuk bertanding dengan rakan-rakan melalui online atau LAN, dan kini FIFA Manager 10 bakal menyaksikan fungsi tersebut diintegrasikan bersama. Ianya pertama kali EA Sports bakal mengintegrasikan fungsi tersebut, yang mana bakal membolehkan sehingga 8 orang pemain bermain bersama melalui online atau LAN. Para pemain juga boleh memainkan sekurang-kurangnya 2 musim bersama-sama dengan rakan-rakan mereka.
FIFA Manager 10 dijangka akan membawakan pelbagai peningkatan dan perubahan, disamping bakal menyertakan grafik yang lebih dipertingkatkan. Animasi dan pergerakan juga dijangka akan meningkat pada versi 10 ini kelak. FIFA Manager 10 bakal menyertakan simulasi lebih 3,600 kelab, 31,000 pemain, dan 9,000 gambar sebenar pemain. Anda juga boleh mengubah statistik pemain atau menambah pemain atau mengubah pangkalan data melalui aplikasi Editor yang disertakan sekali dalam permainan tersebut.
Selain daripada FIFA Manager, anda juga boleh mencuba Championship Manager dan Football Manager sekiranya meminati permainan genre simulasi pengurusan kelab bola sepak.