Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang sudah biasa membeli tema premium WordPress dan CMS yang lain dari beberapa laman yang menjualnya seperti Elegant Themes, WooThemes, ThemeForest dan banyak lagi. Terkini, beberapa anak muda tempatan bakal memperkenalkan servis yang serupa dengannya yang mana dikenali sebagai KreativeThemes.

vivalicious
Salah Satu Tema Yang Di Bangunkan Oleh KreativeThemes

KreativeThemes dibangunkan oleh dua orang anak muda tempatan, iaitu Amirul Faisyal – pemilik laman JurnalSEM yang memfokuskan tips pengoptimasian blog dan web dengan enjin carian, dan juga saudara Izuddin Helmi – salah seorang perekabentuk tema-tema WordPress, yang mana beberapa karyanya pernah dijual di beberapa laman terkemuka termasuk BlogOhBlog dan WooThemes.

KreativeThemes dijangka akan dirasmikan pada 15 Ogos 2009 dengan misi untuk membangunkan tema-tema CMS yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Buat masa ini, masih tidak diketahui harga yang bakal ditawarkan kepada para pengguna kelak. Namun begitu, menariknya, Amirul Faisyal telah menjanjikan akan memberikan diskaun khas untuk para pembaca aMaNz. Nantikan perkembangan lanjut berkenaan KreativeThemes di aMaNz. :)

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd