Salah satu masalah utama yang dihadapi dalam pembangunan aplikasi adalah, para pengguna diminta untuk memuat-turun fail penuh setiap kali kemaskini baru dikeluarkan. Untuk mengatasi perkara ini, beberapa aplikasi dan perisian kini mengintegrasikan fungsi kemaskini automatik. Malah, Google Chrome, hari ini mengumumkan Courgette yang mana mengurangkan saiz kemaskini automatik ke saiz yang AMAT kecil sekali.
Google memperkenalkan Courgette yang mana kini mula digunakan dalam pembangunan Chrome/Chromium yang mana menjadikan kemaskini Courgette sekecil 0.08% sahaja berbanding saiz sebenar. Ia menjadikan saiz kemaskini hanya bersaiz 80Kb jika sebelumnya setiap kemaskini adalah 10Mb.
Selain daripada menguntungkan dan memudahkan para pengguna dengan sambungan internet yang rendah untuk mengemaskini aplikasi dan perisian mereka dengan mudah, dengan penggunaan Courgette juga, Google kini boleh mengemaskini pelayar web mereka setiap masa, kerana para pengguna tidak lagi akan rasa terganggu.