Selain daripada Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome, Opera juga turut sama sedang membangunkan versi terbaru pelayar web mereka. Opera 10 dijangka akan dilepaskan dalam tahun ini, dan terkini, pihak pembangun Opera sudah pun melepaskan Opera 10 Beta 2 untuk Windows, Mac OS X dan juga Linux.
Melalui kemaskini terbaruk versi pembangunan Opera 10, ianya membawakan penambah-baikkan dari pelbagai segi, selain memperbaiki lagi penggunaan Opera Unite. Para pengguna yang sudah pernah mencuba versi pembangunan Opera 10, sudah tentu perasan akan perubahan rekabentuk dan antaramuka Opera 10, selain menambah-baik fungsi terbaru, Opera Unite yang diumumkan baru-baru ini.
Sokongan Tab Bervisual Pada Opera 10 Kelak
Opera Unite membolehkan anda berkongsi fail dan bersembang dengan kenalan anda dengan lebih mudah, tanpa perlu bergantung kepada aplikasi web pihak ketiga. Anda boleh melakukan beberapa perkara seperti perkongsian fail dan sebagainya secara terus melalui pelayar web. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, malah masih belum memasuki fasa beta sekalipun lagi.
Bagi para peminat Opera, anda boleh memuat-turun pelayar web yang membolehkan anda melayari web dengan pantas ini sekarang, dan mencuba fungsi-fungsi baru yang bakal dilepaskan dalam tahun ini kelak.