Cari @ Amanz

Sempena dengan sambutan Bulan ICT Negara dan Hari Kebangsaan yang bakal menjelang tiba, DomainRegistry (yang dahulunya dikenali sebagai MyNIC) mengadakan potongan 50% keatas semua harga domain .MY. Anda kini boleh mendapatkan nama domain .MY kesukaan anda serendah RM16 sahaja.

Promosi ini yang diadakan buat julung kalinya bakal tamat pada 4 September 2009, dan melibatkan semua kategori domain .MY. Menariknya, nama domain yang bakal tamat tempoh juga boleh menikmati harga istimewa ini. Harga domain .MY tahap kedua. yang selalu dijual pada harga RM120, kini diberi potongan 50% menjadikannya berharga RM60 sahaja. Selain itu, domain-domain utama lain seperti .com.my, .net.my, .org.my dan sebagainya yang selalunya dijual pada harga RM80, kini dijual pada harga hanya RM40 sahaja. Menariknya, nama domain .name.my yang selalunya dijual pada harga lingkungan RM32, kini dijual hanya pada harga RM16 sahaja.

Dengan ini juga, DomainRegistry membolehkan setiap pengguna internet Malaysia memiliki identiti mereka di internet pada harga yang amat mura sekali. Promosi berjalan dari 20 Julai hingga 4 September 2009.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd