Yahoo! Bersedia Memperkenalkan Rekabentuk Baru

Yahoo! Bersedia Memperkenalkan Rekabentuk Baru

Diterbitkan pada July 21, 2009 oleh .

Mungkin umum sudah ketahui akan rancangan Yahoo! yang ingin memperkenalkan rekabentuk dan antaramuka laman utama mereka yang baru, berserta dengan beberapa fungsi yang serba baru dan memudahkan pengguna. Setelah melalui beberapa fasa percubaan, akhirnya kini ia sudah sedia untuk digunakan oleh para pengguna.

Antaramuka Laman Yahoo! Baru
Rekabentuk Laman Yahoo! Yang Serba Baru [via]

Berbanding rekabentuk sebelumnya, kini rekabentuk Yahoo! kelihatan lebih kemas dan bersih, disamping membawakan pilihan customization yang lebih banyak. Kini, terdapat tambahan module baru yang dikenali sebagai My Favorites yang menggantikan Yahoo! Services. Terdapat lebih 65 aplikasi web yang boleh anda masukkan di dalam kawasan My Favorites dalam bentuk widget. Menariknya, anda boleh memasukkan sekali widget dari servis pihak ketiga seperti GMail, Facebook, MySpace dan eBay. Selain itu, anda juga boleh menyertakan RSS dari sebarang laman kegemaran anda.

Mungkin ini salah satu usaha Yahoo! untuk menjadi laman sosial terbesar, disamping menyediakan perkhidmatan enjin carian semata-mata. Buat masa ini, Yahoo! merupakan laman dengan pengunjung tertinggi di Malaysia, meninggalkan kesemua laman-laman lain. Buat masa ini, masih terdapat beberapa pengguna yang masih belum dapat melihat rekabentuk baru Yahoo! dan ianya dijangka akan dapat dilihat oleh semua pengguna menjelang hujung minggu ini.


TIPS & ULASAN