Adakah Docs Adalah GDrive Yang Di Perkatakan?

Adakah Docs Adalah GDrive Yang Di Perkatakan?

Diterbitkan pada July 26, 2009 oleh .

Setelah lama tidak kedengaran berita berkenaan dengan Google Drive atau GDrive, kini setelah pengumuman Google Chrome OS, berita tersebut mula kedengaran kembali. Beberapa petanda awal juga mula kelihatan pada Google Docs.

Google Docs
Pautan *PDF Yang Kini Di Labelkan Files [via]

Minggu lepas, Google telah memperkenalkan beberapa perkara di Google Docs, yang mana ianya mungkin akan membawa perubahan besar kepada para penggunanya. Sebelum ini, Docs menyokong empat jenis dokument iaitu Dokumen (atau lebih dikenali sebagai fail *doc dikalangan pengguna, walaupun ianya menyokong lebih daripada itu), Spreadsheets, Presentation dan PDF.

Walaubagaimanapun, melalui perubahan terkini, mereka telah mengubah PDF kepada Files, yang mana menyokong beberapa jenis fail untuk dimuat-naik kedalamnya. Selain itu, dua ikon baru juga kelihatan pada kod Docs, yang mana salah satunya adalah ikon Chrome, yang mana memperlihatkan integrasi Chrome OS dengan Docs. Dan satu lagi ikon adalah ikon YouTube, yang mana mungkin akan terdapat integrasi YouTube ke dalam Docs.

Buat masa ini, Google memberikan pengguna ruangan sehingga 1 GB untuk storan gambar di Picasa, dan ruangan emel sehingga 7.5 GB melalui GMail. YouTube pula memberikan ruangan tanpa had kepada para penggunanya, membolehkan pengguna berkongsi video dengan had 10 minit bersama pengguna lain.

Via : Google Operating System


TIPS & ULASAN