Cari @ Amanz

Selepas hampir lima bulan mengeluarkan versi 2.0, kini pembangun Miro telah pun mengumumkan versi 2.5 bagi pemain media sumber terbuka ini. Menariknya mengenai pemain media ini adalah, ianya menyokong setiap sistem operasi, termasuk Windows, Linux dan juga Mac OS X.

Miro Player
Pemain Media Miro

Miro 2.5 seperti biasa membawakan pelbagai perkara baru, termasuk peningkatan prestasinya dan pelbagai penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti dalam versi terdahulu Miro. Menurut pihak pembangun Miro, versi 2.5 ini boleh dibuka hampir 4 kali ganda lebih pantas berbanding versi sebelumnya. Selain itu, Miro 2.5 juga memperkenalkan bahagian audio podcast yang serba baru, selain membawakan antaramuka pemain audio yang dipertingkatkan.

Para pengguna Miro 2.5 juga kini boleh memuat-turun video dari YouTube dengan lebih mudah, disamping sokongan fail-fail BitTorrent yang dipertingkatkan berbanding versi sebelumnya. Maklumat lanjut berkenaan Miro 2.5 boleh didapati melalui laman rasmi mereka.

Anda boleh memuat-turun Miro 2.5 untuk sebarang sistem operasi secara percuma dan mula menggunakannya untuk memainkan fail-fail media anda. Selain Miro, anda juga boleh mencuba VLC Media Player untuk menguruskan fail media anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd