Nyah-Langgan Pada GMail Dengan Mudah

Nyah-Langgan Pada GMail Dengan Mudah

Diterbitkan pada July 27, 2009 oleh .

Salah satu masalah yang sering menimpa pengguna internet dewasa kini adalah bilangan emel yang meningkat dari hari ke hari. Mungkin anda menerima emel disebabkan anda melanggan sesetengah emel dan mungkin juga emel spam. Walaubagaimanapun, kini, anda boleh mengurangkannya dengan mudah, melalui fungsi nyah-langgan pada GMail.

unsubscribe
Pilihan Nyah-Langgan Pada GMail

Sekiranya sebelum ini, anda menandakan sesuatu emel itu sebagai Spam, ianya akan berhubung dengan sistem spam Google, dan mungkin akan menimbulkan permasalahan kepada pelanggan emel atau sesuatu berita itu. Untuk mengatasinya, kini Google memperkenalkan fungsi nyah-langgan yang mana memberikan anda pilihan untuk nyah-langgan daripada sesuatu mailing-list.

Buat masa ini, bukan semua newsletter yang boleh di nyah-langgan, kerana sistem mereka mungkin tidak dapat memastikannya sebagai newsletter. Namun begitu, dengan fungsi nyah-langgan ini, anda dapat mengurangkan emel yang tidak diingini di inbox emel anda.


TIPS & ULASAN