Carian
AdZara – Media Pengiklanan Tempatan Yang Terbaru
July 27, 2009 Aman

Walaupun tahun lepas kita dapat melihat kebangkitan media pengiklanan tempatan, awal tahun ini, beberapa daripadanya telah pun ditutup. Namun begitu, ianya tidak mematahkan semangat Al Zadia Resources untuk memperkenalkan media pengiklanan mereka yang diberi nama AdZara.

AdZara menggunakan slogan The Malaysian Internet’s Ad Place, sama seperti media pengiklanan lain, menghubungkan para pemilik laman web dengan para pengiklan. Berbeza dengan media pengiklanan lain, AdZara turut menyediakan beberapa medium dan cara pengiklanan yang baru termasuk “Slide In”, “Sticky Note”, dan juga “Virtual Pages”. Demo khas berkenaan cara-cara iklan yang bakal dipaparkan juga disediakan pihak AdZara.

AdZara telah dilancarkan secara rasminya pada 16 Julai, dan ianya masih lagi kurang publisiti berbanding media pengiklanan tempatan yang lain. Laman yang menggunakan AdZara juga masih tida kelihatan lagi. Namun ianya mungkin kerana ianya masih lagi dalam peringkat permulaan. Mungkin perkara ini akan berubah tidak lama lagi.

AdZara dibangunkan oleh Al Zadia Resources yang mana turut sama membangunkan sistem operasi berasaskan Linux yang dikenali sebagai Chevna. Versi terakhirnya telah dibangunkan pada Julai 2007, dan tiada sebarang berita terkini berkenaan projek tersebut.

Komen