Sekiranya anda rajin mengemaskini Twitter anda menggunakan SMS, mungkin anda tidak dapat menampung kosnya yang amat tinggi, iaitu sehingga RM0.20 setiap SMS. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan SMS 2 Twitter yang mana anda boleh mengemaskini Twitter anda dengan menggunakan SMS Gateway tempatan.
Langkah-langkah S2Twit
Untuk boleh menggunakannya, anda perlulah terlebih dahulu menghantarkan SMS yang mengandungi nama pengguna dan kata laluan kepada S2Twit. Ianya dianggap berisiko oleh beberapa pengguna. Untuk mengatasinya, pihak pembangunnya sedang berusaha untuk menintegrasikan fungsi oAuth, supaya pengguna tidak perlu berasa was-was untuk menggunakannya.
Selesai mendaftarkan diri anda di S2Twit, anda sudah boleh mengemaskini status Twitter anda dengan mudah, dengan hanya perlu menanggung kos untuk penghantaran SMS ke nombor DiGi berbanding kos menghantar SMS ke luar negara.
Ianya mungkin akan lebih menarik sekiranya, kita boleh mendapat SMS notifikasi untuk setiap Tweet yang mengandungi kata pengguna kita, seperti yang dilakukan oleh Twitter di awal pengenalan servis mereka. Twitter terpaksa menutup perkhidmatan tersebut disebabkan kos tinggi yang terpaksa ditanggung oleh mereka.