Rekabentuk Konsep Mozilla 4.0 Menyerupai Chrome?

Rekabentuk Konsep Mozilla 4.0 Menyerupai Chrome?

Diterbitkan pada July 28, 2009 oleh .

Jikalau sebelum ini, Mozilla memperlihatkan rekabentuk pelayar web mereka untuk Firefox 3.7, kini mereka selangkah kehadapan lagi, dengan memperlihatkan contoh konsep rekabentuk pelayar web Firefox 4.0. Melalui konsep Firefox 4.0 ini, mereka memperlihatkan dua rekabentuk yang mungkin akan digunakan dalam pelayar web mereka kelak.

Mozilla 4.0 Mockup
Rekabentuk Konsep Mozilla 4.0 Dengan Tab Di Bawah [via]

Rekabentuk pertama masih mengekalkan ciri-ciri yang lebih kurang sama seperti Firefox pada masa kini, iaitu tab diperlihatkan dibahagian bawah alamat web. Malah, pelbagai fungsi toolbar dan sebagainya diringkaskan lebih kurang seperti Google Chrome. Fungsi carian yang disertakan pada Firefox juga tidak kelihatan. Namun perkara ini mungkin boleh diubah kelak melalui tetapan.

Mozilla 4.0 Mockup
Rekabentuk Konsep Mozilla 4.0 Dengan Tab Di Atas [via]

Menariknya, rekabentuk cadangan kedua Firefox 4.0, memperlihatkan fungsi tab dibahagian atas, yang mana sekaligus menjadikan Firefox lebih kurang sama seperti Google Chrome. Sebelum ini, Mozilla juga mengumumkan mereka akan membangunkan pelayar web yang mana menyokong fungsi untuk mengawal setiap tab dengan process berbeza sama seperti yang dilakukan oleh Chrome.

Adakah kini Chrome menjadi tanda aras bagi semua pengeluar pelayar web? Selain daripada Chrome, Opera juga turut sama menggunakan fungsi tab dibahagian atas.


TIPS & ULASAN