Twitter Memperkenalkan Rekabentuk Laman Baru

Twitter Memperkenalkan Rekabentuk Laman Baru

Diterbitkan pada July 29, 2009 oleh .

Setelah sekian lama memperkenalkan Twitter, hari ini pihak pembangunnya memberikan nafas baru kepada Twitter dengan memperkenalkan rekabentuk baru untuknya. Menariknya, rekabentuk laman baru ini, mengetengahkan fungsi carian berbanding rekabentuk yang lama.

Twitter
Rekabentuk Baru Twitter

Sekiranya sebelum ini terdapat pautan video untuk perkenalkan apa itu Twitter, kini ianya tiada lagi. Mungkin kerana kini Twitter sudah lagi tidak perlu diperkenalkan. Ianya sudah menjadi satu fenomena, dimana para ahli politik dan artis juga sudah menggunakannya.

Rekabentuk baru ini mengetengahkan fungsi carian. Twitter memang menjadi salah satu platform masa-nyata dimana ramai pengguna berkongsi maklumat dan berita dengan lebih pantas berbanding platform yang lain. Oleh itu, fungsi carian yang diketengahkan padanya mungkin boleh menjadikannya sebagai pesaing di arena enjin carian kelak.


TIPS & ULASAN