Kerjasama Yahoo-Microsoft Bertiup Kembali

Kerjasama Yahoo-Microsoft Bertiup Kembali

Diterbitkan pada July 29, 2009 oleh .

Ianya sudah hampir setahun lebih kita mendengar spekulasi yang mana kerjasama Microsoft dan Yahoo! akan timbul, termasuk sehingga penolakkan Yahoo! untuk dimiliki oleh Microsoft. Kini, ianya bertiup kembali dengan mengatakan bahawa Yahoo! bakal mula menggunakan Bing sebagai enjin cariannya.

Yahoo dan Bing
Laman Yahoo! Dengan Enjin Carian Bing.

Walaupun masih lagi belum menerima berita rasmi daripada kedua-dua pihak lagi, Yahoo! mahupun Microsoft, beberapa web terkemuka melaporkan bahawa kerjasama kedua-dua pihak itu akan diumumkan dalam jangka masa 24 jam lagi. Melalui kerjasama yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa ini, ianya dijangka Microsoft bakal menyediakan teknologi enjin carian mereka untuk Yahoo! dan akan digunakan di dalam keseluruhan laman Yahoo!.

Selain itu, Yahoo! juga masih akan menjual iklan pada lamannya dan juga pada laman Microsoft Bing. Masih tiada sebarang berita berkenaan apa yang akan terjadi pada enjin carian Yahoo! kelak. Kini, Yahoo! merupakan laman terpopular di Malaysia, dan perubahan ini mungkin membawa perubahan drastik kepada penguasaan pasaran enjin carian Bing.


TIPS & ULASAN