Kerjasama 10 Tahun Yahoo-Microsoft Di Umumkan

Kerjasama 10 Tahun Yahoo-Microsoft Di Umumkan

Diterbitkan pada July 29, 2009 oleh .

Seperti yang dikatakan sebelum ini, spekulasi sepanjang 18 bulan akhirnya ditamatkan hari ini, apabila Yahoo! dan Microsoft mengumumkan kerjasama strategik mereka selama 10 tahun. Melalui kerjasama ini, mereka akan berkongsi teknologi enjin carian dan pengiklanan bersama.

Yahoo-Bing
Yahoo! Bakal Menggunakan Enjin Carian Bing

Melalui kerjasama ini, Microsoft bakal menyediakan perkhidmatan enjin cariannya – Bing kepada Yahoo! selama 10 tahun. Walaupun teknologi Bing bakal menjadi enjin carian teras di Yahoo!, Yahoo! sendiri juga akan terus menggunakan teknologi dan data yang dibangunkan sendiri oleh mereka dalam teknologi lain. Selain itu, Yahoo! juga diberi hak eksklusif oleh Microsoft untuk membuat jualan untuk Microsoft AdCenter. Walaupun Microsoft bakal menyediakan enjin carian untuk Yahoo!, Yahoo! masih berkuasa ke atas pengalaman penggunanya di laman mereka. Mungkin Yahoo! akan menggunakan laman hasil carian yang dikhaskan untuk mereka.

Menurut kedua-dua syarikat, pada dua tahun permulaan ini, Yahoo! bakal menjimatkan kos sebanyak $200 juta, selain meningkatkan pendapatan sebanyak $500 juta setahun. Microsoft bakal membayar Yahoo! untuk segala traffik yang dihasilkan oleh Yahoo!, disamping jualan affiliate yang dihasilkan oleh Yahoo!.

Masih tiada sebarang komen berkenaan kerjasama Microsoft dan Yahoo! ini daripada pihak Google.


TIPS & ULASAN