Friendster Memperkenalkan Fungsi Sembang (Chat)

Friendster Memperkenalkan Fungsi Sembang (Chat)

Diterbitkan pada July 30, 2009 oleh .

Mungkin ramai mengetahui bahawa Friendster adalah laman sosial pertama yang diperkenalkan jauh sebelum Facebook diperkenalkan. Namun, kini penggunaannya kian merosot. Untuk mendapatkan kembali hati pengguna, Friendster memperkenalkan beberapa perkara baru, dan yang terkini diperkenalkan adalah Friendster Chat.

Friendster Bar
Fungsi Bar Di Perkenalkan Pada Friendster

Bersama-sama dengan Friendster Chat, mereka memperkenalkan bar baru untuk memudahkan proses sembang. Walaubagaimanapun, berbeza dengan Facebook Chat yang menggunakan fungsi ajax terbina, Friendster menggunakan fungsi pop-up untuk memberi para penggunanya bersembang.

Friendster Chat
Fungsi Chat Pada Friendster

Selain itu, mungkin pihak Friendster ada membuat perancangan lanjut untuk laman mereka. Mungkin tidak lama lagi mereka bakal memperkenalkan fungsi permainan dan sebagainya untuk para pengguna Friendster. Sebelum ini, sama seperti Facebook, Friendster juga membolehkan para pengguna melihat kemaskini terakhir pada halaman hadapan Friendster.


TIPS & ULASAN