Cari @ Amanz

Baru sahaja empat minggu lepas Firefox 3.5 dilepaskan, dan kini pihak Mozilla sudah dalam perancangan untuk melepaskan Firefox 3.6 Alpha 1. Firefox 3.6 bakal mengguna-pakai nama kod Namoroka dan bakal membawakan fungsi-fungsi baru seperti fungsi about:me dan banyak lagi.

Mozilla telah mengatakan bahawa Firefox 3.6 bakal menumpukan perhatian kepada peningkatan prestasi pelayar web Firefox, disamping menambah beberapa fungsi dan memudahkan navigasi, serta meningkatkan sokongan aplikasi web dan memudahkan peningtegrasian aplikasi web dengan pelayar web.

Firefox 3.6 masih akan menggunakan enjin Gecko sama seperti versi-versi sebelumnya. Sebelum ini, Mozilla telah memperkenalkan dua fungsi baru pada Firefox 3.6 iaitu fungsi about:me dan juga pembahagian proses mengikut tab. Sebelum ini juga, Mozilla telah memperlihatkan dua rekabentuk pelayar web masing-masing untuk versi Firefox 3.7 dan Firefox 4.0 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd