MySpace Sudah Mula Menyediakan Perkhidmatan Emel

MySpace Sudah Mula Menyediakan Perkhidmatan Emel

Diterbitkan pada July 31, 2009 oleh .

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, MySpace telah pun memperkenalkan servis emelnya yang tersendiri kepada para penggunanya dengan menggunakan alamat @MySpace.com, sekaligus menempatkan dirinya bersama-sama dengan penyedia emel yang lain seperti Yahoo! Mail, HotMail dan juga GMail.

MySpace Mail
MySpace Emel [via]

MySpace sendiri berharap dengan adanya gabungan laman sosial dan emel pada lamannya, ia akan menarik lebih ramai pengguna disamping mengekalkan pengguna sedia ada, dan menjadikan mereka lebih aktif melayari laman MySpace. MySpace Mail yang baru ini bakal diintegrasikan bersama dengan fungsi menghantar mesej di laman MySpace. Selain itu, MySpace Mail juga bakal membolehkan para penggunanya menghantar dan menerima mesej dan emel dari luar daripada rangkaian MySpace dengan adanya MySpace Mail.

MySpace Mail masih lagi dalam peringkat beta, dan akan dapat digunakan oleh semua pengguna dalam masa terdekat ini. MySpace yang dahulunya merupakan laman sosial terkemuka dunia, kini didahului oleh Facebook, yang mana kian hari makin bertambah para penggunanya. Bersama-sama MySpace, Friendster juga mula memperkenalkan beberapa perkara dan fungsi baru pada lamannya untuk menarik minat para pengguna.


TIPS & ULASAN